Monday, 5 October 2015

Entri 1 : Kesengsaraan hidup etnik Rohingya

KESENGSARAAN HIDUP ETNIK ROHINGYA


    Etnik Rohingya merupakan kaum minoriti di Myanmar dan Bangladesh, kebanyakan tidak mempunyai kewarganegaraan yang sah. Jumlah penduduk menurut taksiran PBB mencapai kira-kira 1.3 juta orang dan kebanyakan bermukim di negara bahagian Rakhine yang tergolong paling miskin di Myanmar. Minoriti Rohingya beragama Islam, sementara majoriti warga Myanmar beragama Buddha.Walau sudah bermukim di Myanmar selama beberapa generasi, anak cucu keturunan Rohingya tetap dipandang sebagai pelarian haram dari negara jiran Bangladesh, Di pihak lain, Bangladesh juga tidak mengiktiraf mereka sebagai warga negaranya. Masa ini terdapat kira-kira 300,000 warga Rohingya di Bangladesh, terutama di kawasan sempadan myanmar. Isu pendatang Rohingya membuka mata pelbagai pihak betapa permasalahan kaunm itu semakin parah sehingga menjadi keterpaksaan keprihatinan dan tanggungjawab sejagat. Tiba-tiba semua mata memandang ASEAN apatah lagi Malaysia sebagai pengerusinya.

         Dalam posting saya kali ini ingin membincangkan tentang kes manusia perahu dari Myanmar iaitu Rohingya. Masyarakat Rohingya berasal dari negara Myanmar dan Bangladesh yang terdampar pada laut lepas. Dijumpai oleh nelayan-nelayan dan kapal-kapal yang melalui Laut China Selatan dan Lautan Hindi akhirnya dibawa ke negara terdekat seperti di bahagian Asia Tenggara. Indonesia khususnya Aceh dan Malaysia menjadi negara yang menerima pelarian Rohingya. Para pelarian Rohingya tidak mempunyai kewarganegaraan yang sah sehingga mendapat diskriminasi saat mencari pekerjaan, mendapatkan hak yang mereka perlukan dan melaksanakan kewajipan yang ditetapkan oleh negara mereka bermastautin. Mereka ditempatkan di kem pelarian di Aceh Timur dan Binjai, Sumatera Utara.
kapal yang memuatkan kira-kira 300 orang etnik rohingya

      Isu pelarian berpunca daripada pergolakan politik, peperangan, konflik cuaca dan berpenyakit melampau serta penghapusan etnik. Apa yang mengejutkan, Myanmar penyumbang besar iaitu 138, 775 orang. Ini bukan setakat soal sejumlah 45, 170 etnik Rohingya termasuk 13, 294 pemohon suaka semata-mata tetapi ada suku lain dari Myanmar turut dikenal pasti. Umpamanya 20, 926 suku Chin adalah pemohon suaka dan 28, 873 pelarian. Muslim (1, 791 pemohon suaka dan 10, 548 pelarian ), Arakan (568 pemohon suaka dan 6, 755 pelarian ) serta suku Mon ( 2,296 pemohon suaka dan 3, 117 pelarian ). Mengapa begitu banyak suku dari Myanmar datang? Walaupun masyarakat dunia mengetahui junta tentera masih berkuasa. Malaysia masih menjadi tumpuan pemohon suaka dan pelarian negara berkenaan. Soalnya, apakah sebenarnya peranan UNHCR dalam menguruskan hal ehwal pemohon suaka dan berstatus pelarian ini? Ke mana pula Pertubuhan Antarabangsa bagi Pelarian (IOM) yang seolah-olah lepas tangan dan mahu melihat ASEAN bertanggungjawab sepenuhnya.

Rohingya dan pendatang Bangladesh
 sedang menunggu di atas sebuah bot nelayan.
    Sedikit info, antara warga minoriti Muslim Rohingya dengan majoriti Buddhis di negara bahagian Rakhine di Myanmar makin memburuk menjadikan etnik Rohingya menjadi terpinggir sehingga mereka melakukan pelayaran untuk mencari suaka dan perlindungan. Minoriti Rohingya beragama Islam, sementara majoriti warga Myanmar beragama Buddha. Selain itu, kes perdagangan manusia kerap terjadi di antara masyarakat Rohingya yang didalangi penjahat penyeludup manusia. Banyak yang terjerat sindiket penyeludup manusia dari Thailand. Dengan bayaran cukup tinggi hingga 1,500 US Dollar per orang, para pelarian Rohingya itu kemudian ditampung di kem sementara berhampiran sempadan ke Malaysia. Inilah jalur "trafficking" tradisional para pedagang manusia.

    Jika bernasib baik, mereka boleh melintas ke Malaysia dan mencari pekerjaan di sana, seperti kira-kira 30,000 warga Rohingya yang beruntung. Jika naas, para pelarian ini mati dibunuh penjahat penyeludup manusia. Negara ASEAN tengah mendalami kes penyeludupan manusia khususnya dilakukan kepada etnik Rohingya. Persoalannya, tragedi kemanusiaan Rohingya terus terjadi, adakah lebih baik jika bubarkan saja ASEAN?. Negara-negara ASEAN diminta segera mencari solusi terkait pengungsi Rohingya. Fenomena Rohingya merupakan tragedi kemanusiaan yang sangat memprihatinkan. Dikatakan dia, penolakan atas kehadiran imigran Rohingya oleh berbagai negara di Asia membuat nasib mereka semakin  tidak menentu. Mereka sangat terpaksa keluar dari wilayahnya, berhari-hari terapung di tengah lautan sebab sudah tidak ada lagi jaminan keamanan. Penganiayaan dan pembunuhan terus menimpa umat Muslim minoritas di Myanmar sehingga peristiwa demi peristiwa kemanusiaan yang terjadi di Rohingnya menandakan kelembagaan ASEAN tidak efektif dalam berkoordinasi. Kalau seperti ini terus bubarkan saja ASEAN.

    Antara cerita yang sangat menyayat hati untuk mendengarnya ialah berita tentang kematian anak berusia 15 tahun yang bernama Nur Husein disiksa oleh penjahat penyeludup manusia hingga meninggal dunia. Padahal orang tuanya sudah memberikan wang tebusan kira-kira 150,000 Taka Bangladesh bersamaan RM8571.96 ringgit Malaysia. Ia diculik dari Thailand dibawa ke Malaysia. Selepas ditemui oleh polis Malaysia dan dibawa ke rumah sakit oleh pelarian Rohingya di sempadan Malaysia, rumah sakit tidak menerima pesakit kerana tidak mempunyai dokumen yang lengkap. Ini adalah salah satu contoh fenomena manusia yang berusaha berjuang bertahan hidup selepas lari dari kekejaman Buddha Myanmar dan masuk dalam jeratan kebiadaban mafia perdagangan manusia.

    Dari uraian yang dijelaskan, makna yang dapat diambil adalah kita tidak boleh mendiskriminasi suatu kaum walaupun dari beza bangsa, agama, suku dan adat istiadat. Walaupun mereka menjadi minoriti tidak ada salahnya jika mereka bersatu dengan kaum majoriti agar terciptanya kedamaian dan tidak ada perselisihan di antara mereka. Memang negara Myanmar tidak menganut semboyan Bhinneka Tunggal Ika namun dapat digaris bawahi bahawa persatuan itu penting dan saling menghormati amat umat beragama untuk mewujudkan suasana damai dan sejahtera. Saya akhiri coretan ini dengan sebuah lagu khas untuk semua etnik rohingya.

Selamat Malam Rohingya - Sahabat

Selamat malam Rohingya
Meski lenamu di sisi mayat
Jangan menangis sahabat
Ini Tuhan mengujimu

Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena
Kami doakan untukmu
Sejahteralah selalu

Selamat malam
Rohingya
Meski lenamu
disisi mayat
Jangan menangis
 sahabat
Ini Tuhan
mengujimu

Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena
Kami doakan untukmu
Sejahtera lah selalu

Selamat malam Rohingya
Esokkan ada matahari
Berbanyaklah berdoa
Jangan kau terlepas talinya

Selamat malam Rohingya
Meski lenamu disisi mayat
Jangan menangis sahabat
Ini Tuhan mengujimu.

Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena
Kami doakan untukmu

Sejahteralah selalu. Sekian dari postingan saya, Semoga Bermanfaat.
Wassalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh.


No comments:

Post a Comment